Saturday, July 24, 2010

pas umno perlu bersatu??

semenjak sehari dua ni, isu pas dan umno perlu bersatu semakin hangat. isu ni terus dimainkan dgn hebat oleh media2 arus perdana. penyebab utama kenapa persoalan kerjasama ini timbul kerana kononnya org melayu akan kehilangan kuasa selepas PRU13. hilang bagaimana tidak pulak dihuraikan oleh mereka yg galak memainkan isu kerjasama. kita semua perlu utk berfikir secara rasional tanpa berlandaskan emosional semata2 walaupun kita mungkin mempunyai ideologi politik yg tersendiri. sebelum hendak ckp soal pas dan umno perlu bersatu, kita perlu persoalkan atas apa sebab pas dan umno kene bersatu? bersatu atas nama bangsa atau agama iaitu islam. saya bersetuju dgn pendapat Dr MAZA bahawa jika bersatu itu kerana agama maka ianya sangat baik dan bertepatan dgn agama. namun, jika kita teliti dgn sebaik mungkin isu kerjasama pas umno ni berdasarkan apa yg dipaparkan oleh media adalah pas umno perlu bersatu kerana org melayu telah lemah, org melayu telah berpecah, bangsa lain sedang memijak org melayu.. itulah lagu yg dimainkan oleg sang media.

selepas PRU12, apabila bn telah dinafikan majoriti besar di parlimen dan hilang 5 negeri. mereka seolah-olah melihat org melayu telah berpecah, kuasa org melayu telah terhakis. tapi, diatas justifikasi apa mereka mengatakan demikian?. kalau kita lihat, kerusi umno yg kalah adalah dimenangi oleh calon pas iaitu wakil melayu juga. jadi, kalau umno hilang kerusi yg ditandingi mana mungkin org melayu telah hilang kuasa. sifirnya mudah. umno vs pas (calon melayu) umno vs pkr (dua2 calon melayu)... kenapa tiba2 timbul isu melayu hilang kuasa n pas umno perlu bekerjasama?..

kita semua sedia maklum hak org melayu telah pun tersemat dgn rapi didlm perlembagaan malaysia. cth perkara 153. jadi, saya tidak rasa bahawa org melayu akan hilang kuasa. kerana apa? kerana org melayu adalah penduduk majoriti, org melayu mengisi jawatan penjawat awam paling ramai, satu pasukan askar2 melayu khas, polis kebanyakkan melayu... atas sebab apa dikatakan melayu kehilangan kuasa yg memaksa umno pas perlu bekerjasama?

kenapa umno x bincang soal bekerjasama dgn pas selepas mereka menang besar pd tahun 2004?. kenapa selepas umno kalah teruk pd 2008 tiba2 muncul soal melayu perlu bersatu diatas paksi kerjasama pas umno. adakah melayu berpecah atau umno kehilangan undi melayu? ini dua perkara berbeza. kerana sekiranya umno tidak mendapat undi melayu, mereka tidak boleh mengatakan melayu kehilangan kuasa. kerana apa? kerana undi melayu ketika itu sudah beralih kepada pas dan pkr.

umno bn perlu bersedia dgn pelbagai kemungkinan selepas pru nanti. kita semua perlu untuk memahami keadaan sebenar. umno pas perlu bersatu tp bukan atas nama bangsa tp atas nama islam.. kerana islam itu akan merahmati seluruh alam.


~hanya pandangan bebas~

No comments:

Post a Comment